September 30, 2004

Gara-gara Malaysian Idol...

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Jamal
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik-baik ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Sejora binti Latep dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Sejora binti si Latep dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr...ish.. .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus,jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan..sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... teruk bebenarr bunyinyee... .teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ada ciri-ciri seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home